Is Your ‘Dunia Buku’ The Same As My ‘Dunia Buku’?

Recently, a bookish friend shared an article from Sinar Harian, written to critique the market of local publication. As I read, I have several comments in regards to this article, but I shall continue this article in full Bahasa Melayu so my points would appear less cocky (you know what I mean).

Ulasan Artikel Sinar Harian

Menurut pengarang artikel,

Apa yang kita hadapi pada hari ini adalah imej industri buku yang tidak menyelerakan!

Dalam artikel tersebut, konflik dan persaingan antara penerbit-penerbit indie dan penerbit-penerbit besar menjadi punca ke-tidak stabil-an pembaca-pembaca buku di Malaysia zaman sekarang. Penerbit-penerbit indie mempunyai cara, stail dan strategi pemasaran yang segar untuk menarik minat pembaca untuk membeli buku-buku mereka, manakala, penerbit-penerbit besar cuba untuk mengadaptasi genre mereka untuk meraih pembaca-pembaca baru ini. Dalam konteks ini (yang ditekankan oleh pengarang artikel), seolah-olah meraih bilangan peminat yang lebih ramai menjadi fokus kepada pemasaran masing-masing.

Dan ianya bukan sesuatu yang salah. Malah, perkembangan industri buku secara umumnya juga berpaksikan perniagaan. Apabila penulis mengandaikan imej industri buku hari ini tidak menyelerakan, saya kira penulis cuba melakarkan sebuah imej yang berbentuk begini: kuantiti itu lebih penting daripada kualiti.

Saya membesar membaca buku-buku terbitan antarabangsa, dan hanya membaca terbitan tempatan secara minimal seperti majalah Dewan Pelajar, buku-buku novel junior Siri Salma dan Penyiasat Hadi. Masuk alam universiti, saya mula baca majalah infosains tempatan berjudul Infiniti. Lima bintang. Saya cuma diperkenalkan dengan novel Fixi melalui Kelabu sewaktu awal kewujudan penerbit-penerbit indie ini, dan buku terbitan indie pertama yang saya miliki ialah buku puisi dan prosa Langit Vanila karya Wani Ardy.

Syukurlah ada penerbit-penerbit indie, kalau tidak, sampai sekarang saya tidak mungkin menyentuh buku terbitan tempatan! Bagi saya, industri buku kini lebih menyelerakan berbanding sewaktu saya masih kecil. Ya, mungkin genre dan cara penyampaian penulis dalam buku-buku indie ini yang menarik minat saya membacanya.

Menurut penulis artikel itu lagi,

Pada hari ini, sesiapa sahaja boleh menerbitkan buku. Dan, jumlah buku yang diterbitkan begitu banyak.

Saya setuju, kini, semakin ramai yang mahu mengaut keuntungan dengan menerbit buku. Lihatlah buku anti-feminis yang tunggang langgang bahasa dan isinya, lihatlah buku yang mencetak petikan-petikan twitter yang hanya membuang dakwat cetak dan kertas. Saya akui, kalau marketing bijak, buku laris, tiada siapa yang akan pedulikan bagus atau tidak kandungan buku-buku terbitan hari ini.

Tetapi ini soalan saya kepada para penerbit: adakah anda fikir pembaca-pembaca Malaysia begitu kurang bijak untuk membuang duit kami dengan bacaan yang tidak berkualiti?

Oh, mungkin anda cuma memerhatikan dunia di luar ‘dunia buku’ yang saya diami. (Saya akan tekankan ini selepas ini).

Penulis-penulis buku sendiri pun tidak seprolifik dahulu. Ramai yang handal-handal semakin jarang menulis.

Menurut pengarang, penulis-penulis handal dulu semakin jarang menulis dan menerbitkan buku. Menurut saya, biarlah kita memberi peluang kepada penulis-penulis baru untuk menonjolkan bakat mereka. Penulis yang muda-muda sekarang tak semestinya menulis dengan bodoh. Malah, ada yang lebih berani mengorek isu-isu yang menjadi taboo kepada masyarakat Malaysia, dan menyampaikannya kembali dalam bentuk karya. Isu-isu yang masyarakat Malaysia tidak berani bincangkan di mata umum, kerana takut dituduh pemikiran ‘kafir’ atau ‘laknat’. Dan mengenai ‘profilik’ pula, bukankah lebih adil rasanya kalau kita benarkan penulis muda terus menulis dan menulis? Saya tidak percaya gelaran atau imej ‘penulis profilik’ ini kita boleh capai waktu usia yang muda. Sedangkan Datuk A Samad Said sendiri mendapat mendapat pengiktirafan Pejuang Sastera semasa beliau berumur 41 tahun.

Di pasaran kita sudah tidak kenal siapa penerbit tersohor, siapa penulis terhebat atau apa buku terlaris. Khalayak nampak semuanya lebih kurang sama. Tiada yang hebat. Bila khalayak bingung, mereka akan berpaling dan berlalu. Semuanya ini bukan kerana harga buku!

Demikianlah penulis artikel tersebut mengakhiri artikel beliau. Di sini ingin saya tanyakan, perlukah ada status penerbit tersohor? Perlukah kita mencipta jurang jauh antara penerbit yang laris dan tidak laris? Perlukah hanya satu penerbitan menjadi pendominasi industri buku? Apa kita tidak mahu persaingan? Oh, sekarang kita sudah ada persaingan, bukan? Dan apa yang penerbit-penerbit ini lakukan? Kurangkan kualiti? Kenapa kurangkan kualiti kalau kalian semua mahu menjadi ‘penerbit tersohor’? Bukankah ‘penerbit tersohor’ ini seharusnya menjadi penerbit yang terbaik dari semua aspek, yakni jualan, bes peminat, serta kualiti?

Selepas membaca artikel tersebut, saya mendapat ‘vibe’ demikian: pengarang artikel memperlekehkan kualiti dan imej dunia buku zaman sekarang. Beliau menganggap industri buku sekarang sudah tidak sehebat dulu. Katanya, ‘di pasaran kita sudah tidak kenal siapa penerbit tersohor, siapa penulis terhebat atau apa buku terlaris‘. Mungkin beliau masih in-denial terhadap penerbitan indie yang semakin menerajui penerbitan tempatan. Mungkin beliau masih in-denial terhadap penulis-penulis muda yang semakin mendapat tempat di hati pembaca. Mungkin beliau tidak mahu menerima hakikat bahawa majoriti local bestsellers di kedai-kedai buku utama Malaysia didominasi buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit indie.

Mungkin, dan hanya mungkin, beliau merasakan bahawa pembaca-pembaca Malaysia sekarang mudah tertipu dengan strategi jualan, atau tidak begitu cerdik kerana menolak ‘buku-buku penerbit tersohor’.

Adakah Anda Tahu Tentang Dunia Buku Saya?

Setelah membaca artikel tersebut, saya mengandaikan penulis artikel tersebut kurang tahu tentang Dunia Buku yang saya kenali sekarang, yakni Dunia Buku sayaJadi, mari saya perkenalkan Dunia Buku saya.

Di Malaysia, mungkin ramai yang tahu (dan mungkin ramai yang tidak tahu) kewujudan komuniti, kelompok dan kelab pembaca buku di Malaysia. Kita sudah sedia maklum akan kewujudan Buku Jalanan (komuniti pencinta buku seluruh Malaysia) yang membedah buku-buku tempatan dan antarabangsa, terbitan besar serta indie. Buat pencinta buku antarabangsa bergenre Young Adults dan Fantasy, myBibliomaniacs merupakan komuniti pencinta buku yang aktif dalam perkongsian reviu buku dan terbitan-terbitan baharu. Saya pula, terlibat dalam sebuah kelab komuniti pencinta buku BookendsMY yang baru sahaja ditubuhkan dalam bulan Januari 2016.

Biar saya kongsikan apa yang ada di dalam Dunia Buku yang saya diami ini.

Komuniti buku saya merangkumi pembaca-pembaca buku dari seluruh Malaysia, dan ini termasuk Sabah dan Sarawak (kerana ramai yang lupa Malaysia juga ada negeri-negeri kaya di seberang Laut China Selatan). Jadi, komuniti ini begitu ‘diverse’, dan terdiri daripada yang sudah bekerja serta yang masih belajar. Perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai isu-isu buku ini memang menjadi perbualan harian dalam kelompok kami, dan ini juga termasuk isu-isu industri buku lokal.

Antara yang menjadi topik perbincangan harian kami selama setahun beroperasi ini, adalah:

  • buku tempatan berkualiti dan tidak berkualiti
  • buku-buku terlarang (banned books)
  • berkenaan buku-buku terjermahan
  • berkenaan teks purba atau hikayat antarabangsa
  • cadangan pembacaan buku-buku dari penerbit tempatan
  • output pembacaan sebuah buku (tema, kandungan, kesimpulan)
  • penulis-penulis best dan tak best
  • dan sebagainya.

Baiklah, sekiranya topik ini menjadi perbualan harian kami, besar kemungkinan pilihan buku-buku dan bahan bacaan kami adalah berkualiti dan bermanfaat. Kami begitu aktif dalam mencadangkan buku-buku tempatan dan antarabangsa berdasarkan isi dan input yang diperolehi daripada bacaan tersebut. Dalam dunia buku saya, pembaca-pembaca Malaysia bukanlah pembaca yang sewenang-wenangnya membeli buku-buku ‘kosong’ dan berbaur inti cincai semata-mata. Menurut dunia buku saya, pembaca-pembaca Malaysia punya cukup intelek untuk memilih bahan bacaan masing-masing.

Menurut dunia buku saya, penulis-penulis literary antarabangsa seperti Haruki Murakami dibincangkan dan dibedah karya mereka untuk mengkaji dengan lebih mendalam isi tersurat. (Malah, kami menubuhkan kelab The Secret Murakami Club khas untuk berkongsi teori-teori dalan naratif dan penulisan Haruki Murakami). Menurut dunia buku saya, buku-buku yang memberi impak besar seperti Kelabu oleh Nadia Khan, atau Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Hamka, diraikan dan dikongsi isinya bersama mereka yang belum membacanya. Menurut dunia buku saya, buku-buku sains dan psikologi juga dikongsi intinya dalam kalangan kami. Menurut dunia buku saya, ilmu sains dan sejarah mudah difahami melalui penulisan yang lebih santai, menjadikan penerimaan ilmu sains dan sejarah berkembang dalam kalangan kelompok ‘bukan aliran sains dan sejarah’ (mengikut sistem pendidikan Malaysia). Menurut dunia buku saya, pembaca menghargai karya fiksyen dan bukan fiksyen, dan memahami bahawa kedua-dua genre mempunyai ketelusan dan keistimewaan masing-masing.

Menurut dunia buku saya, pembaca-pembaca Malaysia rajin bertanya sesama sendiri, kalau-kalau sesuatu buku itu bagus atau tidak. Menurut dunia buku saya, pembaca-pembaca Malaysia rajin meminta sesama sendiri, cadangan buku-buku yang bergenre sama seperti yang dihasratkan. Menurut dunia buku saya, pembaca-pembaca Malaysia rajin berkongsi ilmu yang mereka serap daripada bahan bacaan mereka.

Kalau penulis artikel tersebut menganggap pembaca-pembaca Malaysia zaman ini memilih untuk membeli dan membaca buku-buku sampah, mungkin ada baiknya penulis artikel tersebut berborak dengan pembaca-pembaca Malaysia dalam dunia buku saya. Mungkin dari situ, beliau boleh lebih mengenal komuniti pembaca-pembaca Malaysia, memahami ‘demand’ pembaca-pembaca Malaysia yang sebetulnya, dan memperbaiki loopholes dalam buku-buku penerbitan masing-masing.

Kerana kesimpulannya, pembaca yang akan terus membeli adalah pembaca yang membaca untuk ilmu dan input, manakala pembaca yang sekadar membeli kerana trend ini akan hilang selepas setahun dua. Jangan dikejarkan apa yang sementara. Kekalkan yang setia.

Ke hadapan penerbit-penerbit buku tempatan semuanya, teribitlah buku-buku berkualiti dan mesra pembaca untuk kami yang sentiasa membaca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s